Program ini dibuka untuk semua penduduk Kampung Tanjung Langsat. Kepada yang berminat bolehlah berhubung dengan Pn Salmah Bt Abas untuk pendaftaran.Tujuan program.
Memberi pendedahan terutama Ibu Tunggal dan JKK serta pemuda ( belia )
Jangan Jadikan Alasan Sibuk Mengejar Kekayaan (BEKERJA) Untuk Tidak Hadir Dalam Majlis Bersama Jiran. Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Untuk Mengelakkan Diri Bersama Bekerja Bersama Kawan. KERANA Semua Alasan Akan Menjadikan Kita Kera Sumbang
YDP PIBG SK Tg Langsat En Mohd Noor menyampaikan Hadiah kepada Pemenang Pemenang ( johan ) En Salim. beliau memnerima RM 500.00
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN LAMA DI SUNGAI TIGA , KAMPUNG TANJUNG LANGSAT
Agensi yang terlibat : BALAI BOMBA PASIR GUDANG
Tarikh : 07 Mei 2009
Masa : 08.00 pagi hingga 12.30 tgh
Program diadakan sempena Hari Bomba.
Pihak JKKK Kg Tanjung Langsat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Pasir Gudang di atas sumbangan dan aktiviti ini. Pihak Jkkk berharap aktiviti ini akan sentiasa dijalankan di kampung ini untuk mengeratkan lagi hubungan Balai Bomba Pasir Gudang dengan penduduk kampung ini.
Bagi agensi lain yang ingin menyumbangkan khidmat di kampung ini dalam apa jua bentuk amat kami alu-alukan dan kami terima dengan tangan yang terbuka.
Kenderaan ( Jentera ) yang digunakan untuk ke Sungai Tiga
Yang bersandar dipokok ialah Ketua Balai Bomba Pasir Gudang ( maaf nama lupa ) apapun tahniah kerana mempunyai anak buah yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
Yang bertopi ialah Ketua Kampung Tanjung Langsat ( Tn Haji Ibrahim B Ramli ) dan yang serba biru pula ialah En Bujang B Madon ( pengerusi persatuan Peladang ) kg Tanjung Langsat dan merupakan AJK JKKK Kg Tg Langsat.
Sebahagian dari pegawai Bomba yang turut serta dalam program ( cayalah ) dan terima kasih dari Kg Tanjung Langsat.
Spek kerja : membersihkan sekitar kawasan, menebang dan membuang pohon-pohon kecil sekitar kawasan perkuburan, membersihkan jalan masuk ke kawasan perkuburan.