KAMPUNGKU

Kekayaan yang Allah berikan samada yang di daratan mahupun lautan tidak pernah diminta bayaran oleh-Nya selain dari BERSYUKUR KEPADA-NYA

Khamis, 7 Mei 2009

NAIK TARAF SUNGAI

PROJEK MENAIK TARAF SUNGAI
Sebelum ini beginilah keadaan sungai ( parit ) yang terdapat di Kampung Tanjung Langsat. Sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggung jawab menyebabkan sungai ini menjadi tohor dan menyakitkan mata yang memandang.
Kadang kala jika berlaku hujan lebat yang panjang dan air pasang besar secara serentak, banjir kilat berlaku di hulu sungai ini. Sehinggakan mencecah hampir setengah meter ketinggiannya. Ia amat menyedihkan lagi apabila beberapa buah rumah penduduk di tenggelami air.
Di atas keperihatinan Ketua Kampung ( Tn Haji Ibrahim B Ramli ) beliau telah memohon pihak berkenaan ( kerajaan negeri ) agar menaik taraf dan mendalamkan sungai ini. Tahniah Tuan Haji IbrahimB Ramli.





Kini.... beginilah keadaannya setelah projek berkenaan selesai. Harapan saya agar penduduk kampung yang tinggal dipinggir dan berdekatan sungai ini menghargai apa yang telah diberikan oleh kerajaan ini. Diharapkan agar sampah dan kotoran tidak dibuang sesukanya ke dalam sungai ini. " BERSAMA-SAMALAH MENCINTAI SUNGAI KITA "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan