KAMPUNGKU

Kekayaan yang Allah berikan samada yang di daratan mahupun lautan tidak pernah diminta bayaran oleh-Nya selain dari BERSYUKUR KEPADA-NYA

Sabtu, 19 Jun 2010

Khidmat Masyarakat Oleh Port Tanjung Langsat & J'Corp

Tarikh : 19 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi : 1.Masjid Jamek Kg Tanjung Langsat
2. Wakaf ( perkuburan ) Kg Sg Tiga & Wakaf Kg Tg Langsat

Kerja-kerja membina Kolah untuk tempat mengambil wuduk di Masjid Jamek

Rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma dari Hospital Wakaf An-Nur.
Jamuan selepas penat bekerja.

Terima kasih di ucapkan kepada Port Tanjung Langsat dan Johor Corpration kerana sudi menyumbang tenaga dan barangan dalam projek khidmat masyarakat ini.

Ahad, 25 April 2010

SALAM TAKZIAH

Salam Takziah....
Kepada Keluarga En Azhar Bin Daud ( Along ) sekeluarga atas kehilangan isteri tercinta yang kembali ke Ramatullah pada 23 April 2010 Jumaat yang lepas. Semoga tabah dan bersabar atas kehilangan itu.

Al Fatehah.....

Isnin, 22 Februari 2010

Lawatan Muhibbah Ke Parit Kemang

Pada 20 Feb 2010 Hari Sabtu. JKK Kg Tanjung Langsat dan penduduk kampung seramai 48 orang telah mengadakan Aktiviti Lawatan Muhibbah ke Parit Kemang Senggarang. Program lawatan hasil cetusan idea En Hussin Bin Apan ( Biro Keceriaan ) bertolak dari Kampung Tanjung Langsat dengan menaiki bas dan 2 buah kereta pada pukul 07.00 pagi.
Rombongan sampai ke destinasi ( Balai Raya ) Kampung Parit Kemang pada pukul 09.30 pagi. Ketibaan rombongan di sambut oleh JKK Kg Parit Kemang dengan di ketuai oleh Ketua Kampung ( En Khairuddin ) dan Penghulu Mukim 10 Senggarang.
Aktiviti dimulakan dengan salam perkenalan antara peserta rombongan dengan JKK Kg Parit Kemang. Kemudian peserta rombongan diberikan taklimat oleh Ketua Kampung mengenai Profil Kampung Parit Kemang dan ucapan aluan oleh Penghulu Mukim 10.
Selepas itu rombongan dibawa melawat IKS yang pertama...

IKS yang pertama iaitu Noor Asyikin Food Industri merupakan Hub bagi industri kecil yang terdapat di Kampung Parit Kemang. Di mana disinilah semua hasil pengeluaran kampung dikumpul dan diproses untuk dipasarkan keseluruh negara. Hasil yang dipasarkan dari Industri ini merupakan hasil pengeluaran kampung berbentuk makanan seperti keropok, kerepek, kuih kering dan lain-lain.
JKK mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Noor Asyikin Food kerana menaja sarapan pagi peserta rombongan. Terima kasih
Selepas itu, rombongan dibawa ke IKS kedua ( Selleh Food Industri ). Syarikat ini mengeluarkan produk yang hampir sama dengan Noor Asyikin Food Industri, tetapi ia lebih besar kilangnya.
Lawatan seterusnya adalah ke kilang pengeluaran rempah ratus Nazuha industri. Syarikat ini terkenal dengan hasil pengeluaran rempah ratus seperti rempah mee bandung, kari, kunyit dan lain-lain. Program lawatan ke IKS berhenti rehat pada pukul 12.30 tengahari.
Program lawatan diteruskan pada sebelah petang dengan taklimat pengenalan dan penubuhan Kooperasi oleh pegawai pengembang kooperasi parlimen Batu Pahat dan Parit Raja iaitu En Salleh dan En Rasman. Melalui taklimat ini peserta diberikan pendedahan mengenai cara-cara untuk menubuhkan dan soal jawab mengenai kooperasi.

Sebagai tanda kenangan JKK Kampung Tanjung Langsat dan JKK Kampung Parit Kemang telah bertukar-tukar cenderahati. Cenderahati disampaikan oleh wakil JKK iaitu En Hussin Apan berbentuk Replika Bubu menangkap ikan. Pihak JKK Kg Parit Kemang pula menghadiahkan sbuah plak dan sepohon pokok bunga untuk di tanam di kampung Tanjung Langsat sebagai kenangan.

Lawatan dan program Muhibbah di Kampung Parit Kemang tamat pada pukul 5.30 petang. JKK Kampung Tanjung Langsat berharap peserta yang mengikuti program ini dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk dibawa dan digunakan apabila pulang ke Kampung tanjung Langsat.

Kepada JKK Kampung Parit Kemang.... TERIMA KASIH. Kenangan Sehari di kampung tuan tidak kami lupakan. Terima kasih atas layanan dari pihak tuan.

Khamis, 11 Februari 2010

Al Fatehah...


Takziah.... kepada Tuan Haji Ibrahim Bin Ramli ( Ketua Kampung Tanjung Langsat ) atas kematian isteri beliau Pada 10 Feb 2010. Semoga tabah dan terus menerajui kampung.
Al Fatehah....

Rabu, 10 Februari 2010

Selamat Datang

JKK Kampung Tanjung Langsat mengucapkan terima kasih atas kehadiran adik-adik dan pengurusan yang terlibat. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang kehadiran kalian di kampung kami.
Jemput datang lagi... kami sedia menanti...

Rabu, 3 Februari 2010

Pemimpin 2

Kisah Seorang Pemimpin

Nama Penuh : Tuan Haji Ibrahim Bin Ramli (PIS)

Jawatan Yang Di Sandang Sehingga Kini : Ketua Kampung Tanjung Langsat , Ketua UMNO Caw. Tanjung Langsat, AJK Majlis MPPG Zon Tanjung Puteri Resort, AJK UMNO Bahagian Tebrau.

Pernah : 1. Menyandang YDP PIBG SK Tanjung Langsat, 2. Pegawai Syarikat Bernas ( Sekarang pencen )