Jangan Jadikan Alasan Sibuk Mengejar Kekayaan (BEKERJA) Untuk Tidak Hadir Dalam Majlis Bersama Jiran. Jangan Jadikan Alasan Tidak Pandai Untuk Mengelakkan Diri Bersama Bekerja Bersama Kawan. KERANA Semua Alasan Akan Menjadikan Kita Kera Sumbang
KAMPUNGKU
Sabtu, 14 November 2009
Khamis, 12 November 2009
KARNIVAL SUKAN ZON TANJUNG PUTERI RESORT
TARIKH : 19 DISEMBER 2009 hingga 20 DISEMBER 2009
TEMPAT : PANTAI KAMPUNG TANJUNG LANGSAT
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
1. SUKAN AIR
a. Lumba Kayak
b. Panjat Tiang Licin
c. Tepuk Bantal
d. Berenang
e. Lumba perahu ( kayuh )
f. Menyelam
g. Tangkap itik
h. Bot Berhias
2. Permainan Darat
a. Bola Jaring
b. Street Soccer
c. Sepak Takraw
3. Persembahan Kebudayaan
4. Pameran
a. Kementerian Kesihatan ( pemeriksaan kesihatan percuma )
b. Agensi Anti Dadah
c. Bomba Malaysia
d. Agensi Kerajaan yang lain.
5. Bazaar Jualan
6. Aktiviti bersama MPPG , JPS dan DUN
a. Gotong royong
b. Senamrobik
Sebarang pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa Ahli Majlis MPPG Zon Tanjung Puteri Resort di alamat MPPG Pusat Bandar ( Tuan Haji Bachok Bin Nohong )
Ahad, 10 Mei 2009
PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN PIBG
Anjuran : Pibg SK Tanjung Langsat
Tempat: Pantai Kg Tanjung Langsat
Tarikh : 10 Mei 2009
Masa : 08.00 pagi hingga 01.00 ptg
YDP PIBG SK Tg Langsat En Mohd Noor menyampaikan Hadiah kepada Pemenang Pemenang ( johan ) En Salim. beliau memnerima RM 500.00
Khamis, 7 Mei 2009
KHIDMAT MASYARAKAT BALAI BOMBA PASIR GUDANG
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN LAMA DI SUNGAI TIGA , KAMPUNG TANJUNG LANGSAT
Agensi yang terlibat : BALAI BOMBA PASIR GUDANG
Tarikh : 07 Mei 2009
Masa : 08.00 pagi hingga 12.30 tgh
Program diadakan sempena Hari Bomba.
Pihak JKKK Kg Tanjung Langsat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Pasir Gudang di atas sumbangan dan aktiviti ini. Pihak Jkkk berharap aktiviti ini akan sentiasa dijalankan di kampung ini untuk mengeratkan lagi hubungan Balai Bomba Pasir Gudang dengan penduduk kampung ini.
Bagi agensi lain yang ingin menyumbangkan khidmat di kampung ini dalam apa jua bentuk amat kami alu-alukan dan kami terima dengan tangan yang terbuka.
Kenderaan ( Jentera ) yang digunakan untuk ke Sungai Tiga
Yang bersandar dipokok ialah Ketua Balai Bomba Pasir Gudang ( maaf nama lupa ) apapun tahniah kerana mempunyai anak buah yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
Yang bertopi ialah Ketua Kampung Tanjung Langsat ( Tn Haji Ibrahim B Ramli ) dan yang serba biru pula ialah En Bujang B Madon ( pengerusi persatuan Peladang ) kg Tanjung Langsat dan merupakan AJK JKKK Kg Tg Langsat.
Sebahagian dari pegawai Bomba yang turut serta dalam program ( cayalah ) dan terima kasih dari Kg Tanjung Langsat.
Spek kerja : membersihkan sekitar kawasan, menebang dan membuang pohon-pohon kecil sekitar kawasan perkuburan, membersihkan jalan masuk ke kawasan perkuburan.
NAIK TARAF SUNGAI
Kadang kala jika berlaku hujan lebat yang panjang dan air pasang besar secara serentak, banjir kilat berlaku di hulu sungai ini. Sehinggakan mencecah hampir setengah meter ketinggiannya. Ia amat menyedihkan lagi apabila beberapa buah rumah penduduk di tenggelami air.
Di atas keperihatinan Ketua Kampung ( Tn Haji Ibrahim B Ramli ) beliau telah memohon pihak berkenaan ( kerajaan negeri ) agar menaik taraf dan mendalamkan sungai ini. Tahniah Tuan Haji IbrahimB Ramli.